Thursday, February 3, 2011

Tekad MB Terengganu

KUALA TERENGGANU 1 Jan. - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berjanji akan turun padang menemui semua jentera parti di peringkat bahagian sebagai langkah awal memperkukuhkan parti itu.

Katanya, beliau akan berbuat demikian dalam waktu terdekat ini dengan menemui semua kepimpinan dan ahli sayap parti berkenaan termasuk pergerakan Wanita, Pemuda, Putera dan Puteri UMNO di semua bahagian.
Beliau yang juga Menteri Besar berkata, usaha itu dibuat sebagai langkah memantap serta memperkuatkan jentera UMNO negeri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.
"Saya sendiri akan turun ke semua bahagian untuk bertemu jentera parti kita (UMNO) di semua peringkat. Kita akan adakan program khusus untuk mereka.
"Cuma kita perlukan sedikit sentuhan dan pemikiran terbuka untuk terus kukuhkan parti kita dan saya akan beritahu dari semasa ke semasa," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini hari ini sekembalinya beliau dan isteri, Toh Puan Seri Norliza Mahmud dari bercuti di luar negara.

Sumber: Arkib Utusan Online

No comments:

Post a Comment